2025-05-30 HaiPress
Foto-RTM
KUALA LUMPUR,29 Mei 2025 - CGS International cabang pelaburan serantau kepada China Galaxy Securities Co. Ltd,menandatangani lima Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu Surat Hasrat (LoI) bersama rakan strategik dari negara ASEAN dan China.
Perjanjian dimeterai bersempena Forum Perniagaan ASEAN 2025 yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersama Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Malaysia (ASEAN-BAC Malaysia).
Langkah itu menyokong komitmen CGS International dalam merangsang aliran modal rentas sempadan dan memperkukuh ekosistem pelaburan serantau.
Perjanjian juga susulan pengumuman CGS International sebelum ini mengenai komitmen pelaburan bernilai RM6 bilion di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.
Daripada jumlah itu,RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaburan langsung asing (FDI) dalam tempoh tiga tahun.
Manakala baki RM3 bilion bagi pengurusan aset melalui penubuhan Pejabat Keluarga Tunggal (Single Family Office Ventures).
Majlis menandatangani disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA,Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid; Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),Dato’ Mohammad Faiz Azmi; Pengerusi Majlis Penasihat Forum Perniagaan ASEAN 2025,Tan Sri Nazir Razak; dan Pengerusi CGS,Wang Sheng.
Ketua Pegawai Eksekutif CGS International,Carol Fong berkata,penandatanganan tersebut mencerminkan keyakinan terhadap potensi pelaburan dan pertumbuhan antara ASEAN dengan Malaysia.
Forum Perniagaan ASEAN 2025 berlangsung selari dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak ASEAN-China 2025.
Lebih 500 peserta hadir termasuk penggubal dasar,pelabur dan pemimpin korporat dari seluruh rantau.
Acara sehari itu menampilkan perbincangan dasar,sesi pemadanan perniagaan tertutup serta amanat berkenaan kerjasama ekonomi ASEAN-China.
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur