2025-05-30 IDOPRESS

Foto- Facebook Fadillah Yusif
KUALA LUMPUR,30 Mei - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusofhari ini menyeru rakyat untuk bersama-sama terus mempertahankan keharmonian dalam kepelbagaian,memperkukuh jalinan persaudaraan dan memelihara perpaduan.
Beliau berkata demikian dalam ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan Dusun,Murut dan Rungus,khususnya di Sabah yang meraikan perayaan pesta menuai itupada 30 dan 31 Mei ini.
Menerusi hantaranFacebooknya,beliau berkata seperti juga perayaan lain,Pesta Kaamatan ialah manifestasi kepada kepelbagaian kaum dan kekayaan budaya masyarakat di Malaysia yang hidup aman harmoni tanpa mengira latar belakang kaum,agama dan budaya.
“Dengan tema 'Kaamatan Untuk Semua',raikanlah Pesta Kaamatan dengan penuh kegembiraan,eratkan lagi silaturahim dan syukurilah rezeki serta hasil tuaian yang baik.
“Semoga tuaian padi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang akan terus melimpah,membawa bersamakebaikan,kejayaan dan kemakmuran kepada semua.
“Selamat Menyambut Pesta Kaamatan,Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan,”kata beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Tidak ketinggalan menzahirkan ucapan menerusi platform sama ialah Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang berharap agar musim perayaan ini membawa keceriaan,kasih sayang dan rezeki yang melimpah untuk semua.
“Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua sahabat dan keluarga yang berada di Sabah dan Sarawak.
“Kedua-dua perayaan ini mencerminkan kekayaan budaya,adat dan tradisi serta menjadi simbol keharmonian dalam kepelbagaian rakyat Malaysia.
“Kotobian Tadau Tagazo Do KaamatandanGayu Guru Gerai Nyamai!” katanya.-BERNAMA
Sektor pembuatan, perlombongan pacu pertumbuhan IPP Malaysia September 2025
Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari, disokong belian sederhana
Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang aktiviti pada sesi awal
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$123.8 bilion setakat 31 Oktober
Maybank IB unjur OPR kekal 2.75 peratus pada 2026
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur