2025-05-30 IDOPRESS

FOTO Shamsul Anuar Nasarah
MOSCOW,30 Mei- Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap pembentukan kerangka keselamatan global yang adil,saksama dan inklusif,yang memberi keutamaan kepada kerjasama antara negara dan menolak pendekatan berasaskan kuasa unilateral serta kelompok eksklusif.
Gesaan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah,ketika menyampaikan ucapan mewakili Malaysia dalam Sesi Plenari “Shaping Architecture of Equal and Indivisible Security” sempena Mesyuarat Antarabangsa Ke-13 Wakil Tertinggi Bagi Urusan Keselamatan (13th HROSM) di Moscow pada 28 Mei,Rabu lalu.
“Sistem keselamatan sejagat tidak boleh didominasi oleh kuasa tertentu atau dibentuk berdasarkan kepentingan sebelah pihak. Keamanan sejati hanya dapat dicapai melalui semangat saling menghormati,pematuhan kepada undang-undang antarabangsa dan pengiktirafan terhadap realiti serta keperluan negara-negara di Selatan dan Timur Global,” katanya.
Sidang berprestij itu dipengerusikan oleh Menteri Luar Rusia,S.V. Lavrov,dan dihadiri wakil dari 114 negara.
Presiden Rusia,Vladimir Putin,turut menyampaikan ucapan pembukaan secara maya.
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar turut menggariskan pendekatan Malaysia yang melihat keselamatan dalam erti yang lebih menyeluruh,merangkumi kesejahteraan rakyat,pembangunan mampan,kelestarian alam sekitar dan sekuriti makanan.
Dalam konteks serantau,Malaysia menegaskan komitmen terhadap prinsip ASEAN Centrality dan pelaksanaan Zon Keamanan,Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) sebagai asas bagi mengekalkan kestabilan Asia Tenggara tanpa campur tangan kuasa besar.
Beliau juga menyeru agar sistem antarabangsa seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) melalui proses reformasi menyeluruh supaya suara negara-negara membangun dapat diangkat dan dihormati dalam membuat keputusan global.
“Malaysia bersedia bekerjasama dengan semua negara tanpa mengira saiz,lokasi atau pengaruh dalam membina dunia yang lebih selamat,adil dan menyeluruh demi manfaat bersama,” katanya mengakhiri ucapan.
Sidang HROSM Ke-13 itu membuka ruang penting kepada negara-negara Global Selatan dan Timur untuk menyuarakan pendirian dalam membentuk landskap keselamatan dunia yang lebih seimbang dan inklusif.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur