2025-05-30 IDOPRESS

Jumlah dagangan Malaysia-China mencecah RM161.98 bilion bagi tempoh Januari hingga April 2025,dipacu oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) / Foto Hiasan / Fail
KUALA LUMPUR,28 Mei- Jumlah dagangan Malaysia-China mencecah RM161.98 bilion bagi tempoh Januari hingga April 2025,dipacuoleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E).
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memaklumkan,negara tembok besar itu kekal sebagai rakan dagang terbesar negara selama 16 tahun berturut-turut.
''Dagangan dua hala Malaysia-China berkembangsebanyak 7.5 peratusmewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan Malaysia. Hubungan dagangan antara kedua-dua negara mendapat momentum baharu susulan lawatan Presiden Xi Jinping.
"Kunjungan itu mengukuhkan penjajaran strategik dalam pembangunan hijau,ekonomi digitaldan infrastruktur serantau melalui inisiatif seperti Inisiatif Jalur dan Laluan," menurut MATRADE dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu,MATRADE bakal mengetuai penyertaan Malaysia dalam Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 di Nanning,Chinadari 17 hingga 21 Septembert 2025.
Ekspo berkenaanmenyasarkan lebih 100 syarikat tempatan berpotensi tinggi dalam sektor seperti makanan dan minuman,penjagaan kesihatan,gaya hidup,penyelesaian digital,tenaga bersihdan inovasi seiring dengan aliranglobal dan permintaan pasaran China.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur