2025-05-30 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,28 Mei- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran terhadap empat bank ekoran pelanggaran peraturan kewangan.
BNM dalam kenyataan memaklumkan empat institusi perbankan itu ialah Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB),HSBC Bank Malaysia Bhd,HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd.
''Penalti kewangan pentadbiran berjumlah RM493,500 dikenakan ke atas BPMB kerana tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 serta Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram,Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.
'Bank pusat turut mengenakan penalti kewangan pentadbiran sebanyak RM3.26 juta ke atas HSBC Bank Malaysia Bhd (HBMY) dan HSBC Amanah Malaysia Bhd (HBMS),'' menurut BNM.
BNM juga memaklumkan,pada 3 Mac 2025 ia mengenakan penalti sebanyak RM1.2 juta ke atas Maybank Islamic Bhd.
Penalti itu dikeluarkan kerana tidak mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Dokumen Dasar Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur