2025-05-30 IDOPRESS

Foto RTM
SEPANG,29 Mei – Malaysia terus memperkukuh komitmennya terhadap kelestarian industri sawit dengan melancarkan program perintis penggunaan biodiesel B20 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani,berkata inisiatif ini berpotensi menjadi pemangkin kepada peluasan penggunaan bahan api mesra alam itu ke pelabuhan-pelabuhan utama di seluruh negara.
Langkah ini juga sejajar dengan usaha negara untuk mengurangkan pelepasan karbon dan merealisasikan matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
"Ini adalah antara langkah awal bagi memastikan Malaysia kekal menerima penarafan baik dalam isu perubahan iklim dan alam sekitar. Baru-baru ini,EU meletakkan kita pada kategori 'standard risk'. Penarafan ini ada tiga tahap – 'low risk','standard risk' dan 'high risk'. Jadi,kita tunjukkan komitmen kita demi kelestarian alam sekitar,sambil membangunkan ekonomi. Harapan kita,pada semakan akan datang,Malaysia dapat dinaik taraf ke kategori 'low risk'," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran projek perintis tersebut.
Menurutnya,fasa percubaan di KLIA dijangka memerlukan sekitar 350,000 liter biodiesel B20 setiap bulan bagi kegunaan peralatan perkhidmatan darat (GSE).
Sekiranya keberkesanan penggunaan ini dapat dibuktikan,pelaksanaannya akan diperluas ke lokasi strategik lain,termasuk pelabuhan utama seperti Northport,Westport,Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP),Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Kuantan.
Beliau turut menjelaskan bahawa penggunaan B20 bukanlah sesuatu yang baharu sepenuhnya,memandangkan ia telahpun diguna pakai di Langkawi,Labuan dan Sarawak yang mempunyai kemudahan pencampuran bahan api yang mencukupi.
"Penilaian sebelum ini berdasarkan data tahun 2020,namun tidak mengambil kira kemajuan yang dicapai Malaysia dari 2021 hingga kini. Banyak negara termasuk kita telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan," tambah beliau.
Walaupun berdepan pelbagai cabaran,permintaan global terhadap minyak sawit Malaysia kekal kukuh.
Negara kini mengeluarkan kira-kira 19 juta tan minyak sawit setiap tahun,dengan sekitar empat juta tan digunakan di peringkat domestik,manakala selebihnya,sebanyak 15 juta tan dieksport ke pasaran antarabangsa.
Antara negara utama yang terus menjadi pelanggan setia termasuk China,India dan Kesatuan Eropah (EU),meskipun masih wujud kekangan berkaitan status risiko tertentu di beberapa rantau.
Sehubungan itu,usaha berterusan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pengeluar sawit mampan perlu dipertingkat,demi menjamin daya saing dan kelangsungan industri dalam jangka panjang.
Kerjasama rapat bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam turut dilihat sebagai langkah strategik dalam merealisasikan matlamat ini.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur