2025-06-03 HaiPress

Foto pejabat TPM
LONDON,3 Jun- Malaysia dan United Kingdom (UK) bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),tenaga boleh baharu dan pembangunan luar bandar.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Alam Sekitar,Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar UK,Steve Reed di London.
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Malaysia menyatakan komitmen menjadi Hab Pensijilan dan Kecemerlangan TVET ASEAN,terutamanya dalam bidang bernilai tinggi seperti semikonduktor,kenderaan elektrik,aeroangkasa dan tenaga hijau.
Turut dibincangkan,kerjasama antara institusi akademik dengan industri kedua-dua negara dalam memperkukuh latihan dan kebolehpasaran graduan.
"Kami membincangkan secara luas juga mengenai perkara-perkara yang terkait dengan TVET,mengenai pensijilan halal dan juga mengenai kerjasama dua hala antara dua negara.
"Namun dalam situasi yang begini apa yang kita rasakan bahawa kerjasama ini bukan hanya kerjasama kepimpinan tetapi kerjasama dari segi program yang harus diberikan kesinambungan.
"Bagi saya dan bagi beliau juga pemimpin datang dan pergi,program harus terus dijalankan demi kepentingan kedua-dua negara," kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Bersama pelajar tajaan Mara,di London.
Sementara itu,Timbalan Perdana Menteri berkata,Malaysia turut menyatakan minat mempelajari pendekatan UK dalam pembangunan luar bandar dan pengurusan bencana,selain menjejaki potensi pelaburan tenaga solar dan pembangunan Grid Kuasa ASEAN.
Instrumen kewangan Islam seperti sukuk turut diketengahkan bagi pembiayaan iklim,termasuk cadangan satu logo halal global.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur