2025-06-03 HaiPress

Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU,3 Jun - Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM3.3 juta bagi memperkasa pendidikan awal dan asas keagamaan anak-anak negeri itu.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata,RM1.5 juta disalurkan untuk menaik taraf Tabika dan Taska Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan RM1.8 juta bagi program Iqra’ dan Fardu Ain (IQFA).
"Dalam usaha menyokong hala tuju pendidikan Johor,TABIKA KEMAS juga akan mula diselaraskan dengan kurikulum Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ),termasuk penerapan elemen Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM)," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Sementara itu Datuk Onn Hafiz berkata Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Renggam yang terletak di daerah Kluang,sedang giat dibangunkan.
“Saya berpeluang meninjau perkembangan TMIYC Renggam serta beramah mesra bersama wakil-wakil belia,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penggiat sukan setempat.
“Pusat belia ini sedang giat dibangunkan,selaras dengan aspirasi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim agar setiap daerah memiliki kemudahan yang menjadi ruang pembinaan sahsiah,kepimpinan dan potensi anak muda Johor,” katanya.
Setakat ini terdapat tiga TMIYC yang telah beroperasi di Johor iaitu di Hutan Bandar dan Pasir Gudang,di sini serta di daerah Muar.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur