2025-06-03 HaiPress

Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini/Foto Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR,3 Jun - Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu,selepas menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam istiadat yang berlangsung di Istana Negara,hari ini.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri,Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Luar Negeri,Datuk Mohamad Alamin serta Ketua Setiausaha Kementerian Luar,Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
"Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram,anak kelahiran Pahang,berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekologi dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School,Amerika Syarikat.
"Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar pada tahun 1988,sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu dari 6 Januari 2019 hingga 31 Mei 2022," katanya.
Sepanjang lebih 35 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam,beliau pernah menyandang jawatan Duta Besar Malaysia ke Qatar,Duta Besar ke Austria dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Selain itu,beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala),Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia semasa Kepengerusian ASEAN 2015,serta Setiausaha Bahagian Politik Pelbagai Hala.
Penugasan diplomatik beliau sebelum ini turut merangkumi perkhidmatan di Perwakilan Tetap Malaysia di Vienna,Washington D.C. dan Beijing.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur