2025-06-03 HaiPress

Datuk Sapiah Mohd. Nor
GUA MUSANG,3 Jun- Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan memulakan projek pembinaan jambatan baharu bernilai RM400,000 di Sungai Balar,Pos Balar dalam masa terdekat.
Ketua Pengarah Jakoa,Datuk Sapiah Mohd. Nor berkata,jambatan baharu itu dibina bagi menggantikan struktur lama yang terputus akibat banjir kira-kira tiga bulan lalu.
Pembinaan jambatan di Pos Balar kini berada di peringkat terakhir proses perolehan sebelum kerja pembinaan dimulakan dengan kadar segera.
"Daripada mula jambatan di pos balar itu kita mungkin ambil masa kurang,saya cuba tanpa melangkaui proses sepatutnya. Insya-Allah dalam tempoh tiga bulan kita boleh menjadikan realiti bagi projek berkenaan.
"Insya-Allah kita tunggu nak melaksanakan awal Jun. Saya rasa tak perlu pihak-pihak lain buat spekulasi. Ini melibatkan isu teknikal dan juga lokasi dan faktor geografi di kawasan itu sekitar RM400,000," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di sini.
Dalam pada itu Datuk Sapiahmenafikan dakwaan agensi berkenaan berdepan kekangan kewangan sebaliknya tindakan segera telah dilaksanakan sebaik sahaja laporan kerosakan diterima pada Mac lalu.
Sebelum ini,kira-kira 1,800 penduduk orang asli di Pos Balar menggesa pihak kerajaan menyegerakan projek pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan besi yang runtuh tiga bulan lalu.
Namun inisiatif penduduk dengan membina jambatan sementara tidak bertahan lama disebabkan struktur tidak kukuh dan hanyut dibawa arus Sungai Balar.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur