2025-06-03 HaiPress

Penganalisis Ekonomi Unikl Business School,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid
KUALA LUMPUR,30 Mei - Malaysia berpotensi besar untuk memperkukuh daya saing ekonomi dalam sektor eksport dan pelaburan digital,menerusi pelan tindakan serantau ASEAN yang menekankan pengukuhan integrasi ekonomi dan kerjasama digital.
Penganalisis Ekonomi Unikl Business School,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata,negara perlu memanfaatkan sepenuhnya pelan tersebut dan terus memimpin dalam pelaksanaan inisiatif nasional yang boleh diperluas ke peringkat ASEAN.
Katanya,Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini dilihat sebagai platform strategik untuk Malaysia meneroka pasaran baharu dalam eksport.
Khususnya dalam sektor automotif,melalui pengukuhan rantaian bekalan serantau dan perluasan kerjasama perdagangan dengan blok ekonomi luar seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
“Sebagai contoh,kita boleh wujudkan kereta ASEAN,di mana komponen dibina di Malaysia,Thailand dan Vietnam secara bersepadu. Ini bukan sahaja menjimatkan kos,malah memperkukuh hubungan perdagangan serantau,” katanya kepada RTM.
Dalam konteks pelaburan digital,Malaysia dilihat berada pada kedudukan strategik sebagai hab pusat data serantau,dengan penyertaan syarikat gergasi seperti AWS,Google dan Microsoft yang juga satu kelebihan yang boleh diperluaskan menerusi kerjasama digital ASEAN.
Ekosistem digital ASEAN harus dibina secara bersama agar manfaat pelaburan itu dapat dikongsi secara lebih meluas,sekali gus mewujudkan ekosistem serantau yang lebih inklusif dan berdaya saing.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur