2025-06-03 IDOPRESS

Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor
KUALA LUMPUR,3 Jun- Pendidikan pada awal usia berhubung penggunaan media sosial perlu diterapkan selain disokong dengan nilai dan akhlak yang baik supaya generasi masa kini lebih cakna serta bertanggungjawab.
Menurut Timbalan Dekan Ijazah Dasar,Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor,langkah itu penting dalam memastikan generasi masa kini bukan sahaja celik digital,tetapi turut memiliki kepekaan terhadap etika serta implikasi sosial dalam setiap interaksi di alam maya.
"Nilai dan akhlak penting supaya kita tidak menyalahgunakan jari untuk menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya. Apa yang kita kongsi,akan tinggalkan kesan,sama ada pada diri sendiri atau orang lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.
Mengulas lanjut,Dr Azmawaty menegaskan bahawa kesukaran mengawal emosi boleh menyumbang kepada keretakan hubungan rumah tangga serta tekanan perasaan.
"Sentiasa ingat,sebelum kita kongsikan,sahkan dulu sama ada maklumat itu sahih dan bermanfaat. Algoritma media sosial pun boleh berubah,kalau kita pilih tekan benda yang baik,yang tidak bermanfaat perlahan-lahan akan tenggelam," tambahnya.
Pada masa sama beliau turut menyeru semua pihak dalam memainkan peranan penting serta memperkukuh literasi media dan etika dalam kalangan pengguna khususnya generasi muda.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur