2025-06-03 IDOPRESS

Foto hiasan
TAPAH,3 Jun - Sempena Aidiladha tidak lama lagi,23 prospek di Perak dibebaskan menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI.
Timbalan Pengarah Penjara Negeri,Penolong Kanan Komisioner Nazri Mohamad berkata,ia melibatkan 22 prospek dari Penjara Tapah dan seorang lagi dari Pusat Koreksional Batu Gajah,membabitkan banduan yang menjalani hukuman tiga tahun ke bawah.
Katanya,Pejabat Parol Daerah (PPD) akan memantau rapi prospek terlibat bagi memastikan mereka mematuhi sepenuhnya syarat pembebasan secara berlesen.
17 prospek akan ditempatkan di rumah perantaraan manakala selebihnya bersama keluarga.
"Ya,semua individu ini berada bawah pemantauan Pejabat Parol Daerah (PPD). Setiap daerah di Perak mempunyai pejabat parol masing-masing yang akan memantau mereka.
"Lokasi tempat tinggal mereka telah ditetapkan dan direkodkan dan pemantauan akan dilakukan oleh pegawai parol yang bertugas melalui pemeriksaan berkala. Jika mereka melanggar syarat atau perintah yang ditetapkan,tindakan sewajarnya akan diambil," katanya kepada pemberita selepas Program PBSL Ihsan Madani yang berlangsung di Dewan Budiman,Penjara Tapah.
Setakat Mei lalu,seramai 713 prospek dibebaskan di Perak menerusi PBSL,dengan kadar kesalahan berulang kekal rendah,bawah satu peratus.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur