2025-06-03 IDOPRESS

ADUN Nenggiri,Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menyerahkan bantuan beras kepada salah seorang penerima penduduk setempat/Foto Tuan Nur Aimuni Tuan Abdullah
KOTA BAHRU,3 Jun - Sebanyak 10 tan beras diagihkan kepada 2,000 keluarga Orang Asli di kawasan pedalaman sekitar Gua Musang sebagai langkah bantuan menghadapi cuaca panas yang melanda negeri Kelantan ketika ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri,Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata,bantuan beras itu bagi meringankan beban masyarakat Orang Asli yang terjejas berikutan cuaca panas berpanjangan.
Tambah beliau,ancaman haiwan liar turut menjejaskan sumber makanan harian mereka.
“Sumbangan beras ini adalah untuk membantu mereka sebagai persiapan musim kemarau yang sudah tiba sekarang ni. Musim panas berterusan mungkin menyebabkan hasil pertanian mereka tidak dapat dikeluarkan.
"Dengan pemberian beras ini,diharapkan dapat membantu meringankan beban masyarakat kita di pedalaman,terutamanya,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan beras kepada penduduk kampung hari ini.
Menurutnya,cuaca panas bukan sahaja menjejaskan aktiviti pertanian,malah penduduk turut berdepan kesukaran untuk mencari makanan di hutan kerana bimbang dengan kehadiran haiwan buas seperti gajah dan harimau.
Sementara itu,seorang penduduk Orang Asli,Bah Hamil Bah Nawi,melahirkan penghargaan atas sumbangan yang diberikan dalam membantu keperluan komuniti mereka.
“Kami pun tak dapat cari makan di hutan,nak menoreh,cari pisang pun tak boleh. Semua takut dengan ancaman binatang buas,” katanya.
Seorang lagi penduduk,Pandak Andak turut berkongsi kebimbangan terhadap ancaman haiwan liar yang semakin kerap berlaku di kawasan penempatan mereka.
“Sekarang ni tempat duduk kami diancam gajah,harimau ada bekas tapak kaki besar. Nak cari ikan pun takut dah,” ujarnya.
Terdahulu,Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca panas dijangka berterusan sepanjang tempoh Monsun Barat Daya (MBD) yang bermula 10 Mei lalu sehingga pertengahan September.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur