2025-06-03 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,31 Mei- Pasaran getah tempatan dijangka kekal dalam aliran menurun minggu depan memandangkan perniagaan masih berhati-hati dengan prospek pasaran global,kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
Persatuan itu berkata harga dijangka terjejas oleh kekurangan bekalan disebabkan keadaan cuaca,kekukuhan ringgit,pergerakan harga minyak mentah dan ketidakpastian berhubung perdagangan Amerika Syarikat-China serta dasar ekonomi China.
"Ini dijangka menyebabkan pasaran getah menjadi tidak menentu pada minggu akan datang," kata MARGMA kepada Bernama.
Pakar industri Denis Low juga berpandangan yang sama dengan menyatakan bahawa gangguan bekalan akibat cuaca tidak menentu boleh menambahkan lagi ketidaktentuan pasaran.
Bagi minggu yang baru berakhir,pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah terjejas oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau,harga minyak mentah yang lebih rendah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.
Pada asas minggu ke minggu,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun sebanyak 42 sen kepada 698.5 sen sekilogram (kg),manakala susu getah pukal susut sebanyak 6.5 sen kepada 620.5 sen sekilogram.
Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada 2 Jun 2025 (Isnin) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan akan operasi akan disambung semula pada Selasa.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur