2025-06-03 IDOPRESS

Mata wang ASEAN termasuk ringgit diunjur kekal mengukuh sepanjang 2025 / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,2 Jun - Mata wang ASEAN termasuk ringgit diunjur kekal mengukuh sepanjang 2025 apabila pelabur global mula mengimbangi pegangan mereka selepas menumpukan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) untuk tempoh beberapa tahun.
Menurut Maybank Investment Banking Group,mata wang utama seperti ringgit,dolar Singapura,Rupiah dan Baht diramal terus melanjutkan momentum positifnya.
"Walaupun trend ini berpotensi berlaku,masih tiada tanda jelas yang menunjukkan perubahan struktur dalam peralihan penggunaan USD di peringkat global. Ketika ini,dasar perlindungan perdagangan oleh Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump mendorong permintaan yang berkurangan terhadap mata wang selamat itu,'' jelas Maybank IBG menerusi nota penyelidikannya.
Aliran menurun dolar dijangka berterusan pada separuh kedua tahun ini,disumbangkan oleh kelembapan ekonomi negara itu,pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) dan potensi pertumbuhan global yang melebihi jangkaan.
Ini membuka ruang kepada bank pusat serantau untuk menurunkan kadar faedah dan menyokong pertumbuhan,yang seterusnya menyokong kekuatan mata wang di rantau ini.
Namun,sebarang perkembangan rundingan perdagangan boleh memberi sokongan sementara kepada USD dan memberi tekanan kepada aset-aset selamat seperti emas.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur