2025-06-03 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,3 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan langkah Bank Negara Malaysia (BNM),menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM27.89 bilion,manakala dalam dana Islam sebanyak RM29.12 bilion.
BNM dijadualkan menjalankan tiga tender repo berbalik hari ini yang bernilai RM3.3 bilion untuk tempoh tujuh hari,RM 1.5 bilion bagi 30 hari dan RM 1.0 bilion ringgit untuk 92 hari.
Ini selain melaksanakan tender repo berbalik Islam sebanyak RM480 juta bagi tempoh tujuh hari.
Selain itu,bank pusat itu turut mengumumkan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang ini,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM33.7 bilion,serta RM29.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur