2025-06-03 IDOPRESS

Foto fail
KUALA LUMPUR,3 Jun - Institusi tempatan terus mencatat belian bersih dua minggu berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM876.5 juta bagi minggu berakhir 30 Mei.
Menurut Laporan Aliran Dana MIDF Amanah Investment Bank,jumlah itu menjadikan keseluruhan belian bersih institusi tempatan setakat tahun ini mencecah RM8.78 bilion.
Peruncit tempatan turut meneruskan tempoh trend belian bersih selama dua minggu rekod aliran masuk bersih sebanyak RM142.6 juta.
"Jumlah dagangan harian purata mengalami peningkatan secara menyeluruh minggu lepas,dengan institusi tempatan dan peruncit tempatan masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 0.03 peratus dan 1.0 peratus,manakala pelabur asing merekodkan peningkatan sebanyak 45.6 peratus," katanya menerusi kenyataan.
Pada masa sama,pelabur asing kekal sebagai penjual bersih selama dua minggu berturut-turut,dengan aliran keluar bersih minggu lalu melonjak kepada RM1.02 bilion berbanding RM392.3 juta pada minggu sebelumnya.
Bank pelaburan itu memaklumkan pelabur asing ialah penjual bersih pada setiap hari dagangan,dengan aliran keluar terbesar dicatatkan pada Jumaat,sebanyak RM456.7 juta.
Sektor yang merekodkan aliran masuk asing tertinggi ialah hartanah,pembinaan dan tenaga,manakala sektor kewangan,produk dan perkhidmatan pengguna serta penjagaan kesihatan mencatat aliran keluar asing tertinggi.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur