2025-06-04 HaiPress

Foto RTM
BAYAN LEPAS,4 Jun- Seorang doktor dari sebuah hospital kerajaan maut dalam nahas di Jalan Tun Dr Awang,Bayan Lepas,pagi tadi.
Dalam kejadian itu,kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal.
Ketua Polis Daerah Barat Daya,ACP Sazalee Adam berkata,ketika kejadian,mangsa yang maut dalam perjalanan dari arah Bukit Jambul menghala ke Bayan Lepas.
"Mangsa terbabas ke bahagian tepi jalan dan melanggar sebatang pokok.
"Impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya,penunggang motosikal pula mengalami kecederaan di bahagian kaki serta tangan dan telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur