2025-06-04 HaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,4 Jun- Industri halal dan perbankan Islam merupakan antara perkara yang dibincangkan menerusi pertemuan empat mata antara Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Guinea-Bissau,Umaro Sissoco Embalo.
Datuk Seri Anwar berkata perbincangan turut merentasi sektor penting seperti semikonduktor,minyak dan gas serta teknologi makanan.
Malaysia turut menyatakan kesediaan menawarkan bantuan pembinaan kapasiti negara republik itu menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
"Malaysia bersedia untuk menawarkan bantuan di bawah MTCP (Program Kerjasama Teknikal Malaysia),dan melalui program yang lebih besar yang diselaraskan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
"Kami juga membincangkan beberapa perkara antarabangsa. Presiden Umaro mempunyai hubungan yang sangat baik dengan UAE,Perancis,Rusia,Amerika Syarikat,dan terutamanya dengan negara-negara Afrika yang lain.
"Sebagai sebuah negara yang berdagang,polisi Malaysia dan ASEAN adalah menjalin kerjasama dengan semua negara. Ini selaras dengan pendirian yang dibawa oleh Presiden Umaro dan Guinea-Bissau," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersama di Bangunan Perdana Putra,di sini.
Datuk Seri Anwar turut menekankan kerjasama di peringkat antarabangsa memandangkan Embalo mempunyai hubungan baik dengan beberapa negara-negara.
Ia termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE),Amerika Syarikat dan negara-negara Afrika lain.
Dalam sidang media sama,Embalo berharap agar Malaysia akan menjadi rakan strategik utama dengan jalinan kerjasama global lebih mampan.
"Kami akan memantau kemajuan dengan teliti kerana kami berhubung dengan anda. Kami mahu Malaysia menjadi rakan kongsi utama kami di Afrika. Malaysia boleh menjadi kunci kepada kita,bukan sahaja di Asia,tetapi di dunia," kata Embalo pada sidang media sama.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur