2025-06-04 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,3 Jun - Pelaksanaan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) RON95 perlu mengambil kira dua isu utama iaitu margin dalam Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) dan Kadar Diskaun Pedagang (MDR).
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM),Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata,kerajaan diharap dapat menyelesaikan kedua-dua isu tersebut sebelum SKPS dikuatkuasakan sepenuhnya.
Menurutnya,margin APM yang tidak disemak sejak 2019 tidak lagi mencerminkan kos operasi semasa,sekali gus menyebabkan pengusaha kecil dan sederhana bakal menanggung kerugian sebaik sahaja SKPS dilaksanakan.
"Selain itu,MDR juga perlu dikaji semula kerana ia ditetapkan berdasarkan nilai jualan,sedangkan komisen pengusaha dikira mengikut jumlah liter yang dijual," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Tambahnya,situasi itu menyebabkan margin pengusaha terus terhakis,memandangkan kenaikan harga pam turut meningkatkan kadar MDR,namun tidak memberi kesan kepada jumlah komisen yang diterima.
Sehubungan itu,PDAM yang dianggotai lebih 4,000 stesen di seluruh negara melaksanakan petisyen industri yang setakat ini telah berjaya mengumpul lebih 2,300 tandatangan.
Jumlah itu mewakili lebih 60 peratus stesen minyak dan hampir 70 peratus stesen jenama utama serta disertai oleh pengusaha jenama tempatan Five Petroleum,BuraqOil dan SmartStream buat pertama kali.
“Ia merupakan rekod sokongan tertinggi dalam sejarah PDAM,sekali gus membuktikan kebimbangan ini adalah menyeluruh,merentas jenama dan kategori stesen minyak,” katanya.
Bagaimanapun,PDAM kekal optimis penyelesaian konkrit dapat dicapai di bawah kepimpinan Perdana Menteri demi menjamin kelangsungan industri pengusaha tempatan serta kesinambungan bekalan bahan api kepada rakyat.
“Sebagai satu-satunya persatuan yang mewakili industri ini selama lebih 40 tahun,kami kekal komited kepada prinsip kerjasama dan keterbukaan.
“PDAM sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang benar-benar memperjuangkan kepentingan industri ini secara menyeluruh dan berasaskan fakta,” tambahnya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur