2025-06-04 HaiPress

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2025.
KUALA LUMPUR,3 Jun - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2025.
Ia turun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatat untuk suku yang sama pada 2024.
Angka pendapatan pelaburan ini termasuk keuntungan mark-to-market sekuriti RM1.02 bilion,yang belum direalisasikan.
Selaras dengan polisi KWSP,keuntungan ini tidak akan diagihkan sebagai dividen.
Ketua Pegawai Eksekutif,Ahmad Zulqarnain Onn dalam kenyataan menyebut,pasaran global menjadi tidak menentu pada awal tahun 2025.
Ia berikutan ketegangan perdagangan yang kembali memuncak dan ketidak-tentuan dasar.
Ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan Amerika Syarikat telah mula memberi kesan kepada pasaran saham utama sepanjang suku walaupun pengumuman tarif dibuat pentadbiran Washington pada 2 April.
Sepanjang suku dalam tinjauan,ekuiti menyumbang sebanyak RM10.81 bilion,susut 23 peratus daripada RM14.02 bilion,yang dicatatkan pada suku pertama 2024.
Penurunan itu disebabkan prestasi yang lebih lemah di pasaran ekuiti global dan persekitaran pelaburan yang mencabar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur