2025-06-04 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,4 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.34 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.92 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.2 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 30 hari.
Ia juga menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta untuk tujuh hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.0 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM24.1 bilion.- BERNAMA
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur