2025-06-04 IDOPRESS

Foto REUTERS
KUALA LUMPUR,4 Jun- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Lee Jae-myung atas pemilihannya sebagai Presiden Korea Selatan.
Menerusi perkongsian di Facebook,Datuk Seri Anwar mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan Lee dalam memperkukuh hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
Ini terutama dalam bidang perdagangan dan teknologi,keamanan dan keselamatan,serta jalinan erat antara rakyat Malaysia-Korea Selatan.
Malaysia turut berharap ASEAN akan diberi perhatian lebih besar dalam kerangka serantau Korea Selatan.
"Sebagai Pengerusi ASEAN dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) masing-masing pada tahun 2025,Malaysia dan Korea Selatan berada dalam kedudukan terbaik untuk memacu inisiatif serantau yang berimpak tinggi.
"Dalam era global yang penuh ketidaktentuan ini,kerjasama yang lebih mendalam antara Asia Tenggara dan Korea Selatan amat penting demi kestabilan dan kemakmuran bersama.
"Pemilihan ini menandakan detik perubahan yang signifikan bagi Korea Selatan. Rakyat telah bersuara demi suatu pembaharuan,kepercayaan,institusi,dan hala tuju negara," kata Datuk Seri Anwar.
Datuk Seri Anwar turut menyatakan hasrat untuk bertemu Lee di Kuala Lumpur sempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober,dan di Gyeongju bagi Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC.
BERITA BERKAITAN:
Lee Jae-myung presiden baharu Korea Selatan
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur