2025-06-04 IDOPRESS

Program Pendidikan Pengundi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis
KUALA PERLIS,4 Jun- Program Pendidikan Pengundi merupakan usaha untuk memberi pengetahuan,kesedaran dan kefahaman mengenai hak serta tanggungjawab sebagai pengundi dalam sistem demokrasi berparlimen.
Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis,Zaliha Abu Bakar berkata,program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Akademi Pilihan Raya (APR) itu mendapat penyertaan daripada 236 pelajar.
"Pendedahan sebegini amat penting terutamanya kepada golongan muda agar mereka menjadi pengundi yang celik maklumat,bertanggungjawab dan aktif dalam menentukan masa depan negara," katanya kepada pemberita di sini.
Peserta program turut berpeluang menyertai simulasi proses pengundian sebenar serta tatacara mengundi yang betul di Dewan Utama,IKBN Kuala Perlis.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur