2025-06-04 IDOPRESS

Anthony Loke/ BERNAMA
PUTRAJAYA,4 Jun- Sebanyak 2,245 Notis Peringatan dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan asing sejak Permit Masuk Kenderaan (VEP) dikuatkuasakan secara berperingkat di pintu sempadan darat Malaysia-Singapura pada 1 Oktober 2024.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke memaklumkan notis peringatan dikeluarkan selepas 52,012 kenderaan asing diperiksa secara rawak.
"Penguatkuasaan VEP dilaksanakan secara berfasa sebelum ini menerusi pendekatan advokasi iaitu mengeluarkan notis peringatan kepada pemilik kenderaan asing khususnya Singapura yang belum membuat pendaftaran VEP.
"Berdasarkan penguatkuasaan tersebut,sebanyak 52,102 telah diperiksa secara rawak dan 2,245 notis peringatan bersamaan 4.32 peratus dikeluarkan kepada kenderaan yang belum mendaftar dengan VEP," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas di sini.
Tambah beliau,setakat 2 Jun,sebanyak 233,678 tag pemasangan RFID VEP telah dikeluarkan Kementerian Pengangkutan melibatkan kenderaan persendirian individu dan syarikat.
"Bagi kenderaan persendirian individu,Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan sebanyak 194,507 tag pemasangan RFID VEP kepada pemilik kenderaan asing selain 36,511 tag RFID VEP masih belum diaktifkan.
"Manakala,bagi kenderaan persendirian syarikat,sebanyak 2,660 tag pemasangan RFID VEP telah dikeluarkan," katanya lagi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur