2025-06-04 IDOPRESS

Anthony Loke/ BERNAMA
PUTRAJAYA,4 Jun- Laporan siasatan awal kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada bulan lalu di Teluk Intan,Perak akan dibentangkan ke Kabinet pada minggu depan.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata tempoh 30 hari yang diberikan kepada pegawai penyiasat khas bermula 15 Mei lalu untuk menyiasat nahas terbabit hampir tamat.
"Laporan daripada pasukan petugas khas akan dibentangkan pada post-cap minggu depan sebab kita bagi mereka 30 hari. Saya akan bentangkan terlebih dahulu kepada Jemaah Menteri sebelum kita buat langkah seterusnya," jelas beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas di sini.
Pada 15 Mei lalu,sebuah trak FRU dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena sambutan Chitirai Pournami terlibat kemalangan dengan lori muatan batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampam.
Sembilan anggota FRU daripada Unit 5 Ipoh maut dalam nahas terbabit.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur