2025-06-04 IDOPRESS

Foto RTM
KUALA TERENGGANU,4 Jun- Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) menganjurkan Kursus Adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) melalui fasiliti Mobile Journalism (MOJO).
Ia sebagai inisiatif terbaharu menaik taraf kemahiran kakitangan Jabatan Penyiaran dalam bidang teknologi maklumat pemberitaan.
Ketua Penolong Pengarah Seksyen Fasiliti Teknikal,Berita Ehwal Semasa,Jabatan Penyiaran Malaysia,Ir Ts Ahmad Shafiq Mirza Mansor berkata,kursus tersebut secara tidak langsung memberi nilai tambah dan menjadikan pemberitaan lebih menarik dengan kandungan baharu yang pelbagai serta berkualiti.
Ia juga bertujuan mendedahkan kakitangan penyiaran kepada adaptasi teknologi kecerdasan buatan dalam penghasilan kandungan berita.
"Selain daripada perkakasan melalui 'Mobile Journalism Kit',kita juga diberi pendedahan daripada segi penggunaan aplikasi. Kita juga diberi pendedahan daripada segi etika journalism itu sendiri.
"Jadi walaupun kita tahu 'mobile phone' ini boleh membantu kita pelbagai aspek dan juga penghasilan,kita juga akan terap daripada segi etika penggunaannya.
"Ini kerana bila kita terlampau banyak maklumat dihasilkan,di mana 'human intervention' ataupun manusia itu sendiri diperlukan memilih bahan mana yang perlu kita terbitkan dalam satu pemberitaan.
"Itu adalah penerapan yang akan kita 'highlight' dalam kursus hari ini," katanya kepada pemberita di sini.
Menurut Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu,Sabri Mansor,inisiatif itu berupaya mempertingkatkan kualiti penghasilan kandungan,sekali gus memberi impak positif dan manfaat yang luas kepada masyarakat secara keseluruhan.
"Setiap orang yang memiliki telefon pintar berpotensi menjadi 'street reporter' dengan memanfaatkan teknologi MOJO.
"Oleh itu,kursus yang dianjurkan oleh IPPTAR ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik,khususnya dalam meningkatkan kompetensi diri petugas-petugas RTM dan pengamal media secara amnya," katanya lagi.
Kursus MOJO selama tiga hari itu memberi peluang kepada 30 peserta daripada pelbagai bidang kepakaran untuk mempelajari asas penyediaan bahan berita serta keperluan piawaian minimum bagi membolehkan kandungan diterbitkan.
Tiga modul pembelajaran dan tiga latihan amali perlu disempurnakan oleh semua peserta sepanjang kursus.
Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu.
Turut hadir,Ketua Kluster Kejuruteraan IPPTAR,Ainol Lilisuliani Ahmad Rasidi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur