2025-06-04 IDOPRESS

Foto RTM
PUTRAJAYA,4 Jun- Presiden Guinea-Bissau,Umaro Sissoco Embaló,yang sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia,meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya,tengah hari tadi.
Sepanjang pelayaran menelusuri Tasik Putrajaya,beliau diberi taklimat mengenai pembangunan bandar pintar Putrajaya serta komitmen Malaysia terhadap pembangunan lestari.
Selesai pelayaran,Embaló dan delegasi meneruskan lawatan ke Fakulti Pertanian,Universiti Putra Malaysia (UPM).
Embaló turut dijadualkan berkunjung ke Menara Berkembar Petronas pada sebelah petang nanti.
Lawatan itu merupakan sebahagian daripada atur cara rasmi beliau sempena dengan kunjungan negara ke Malaysia,bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala serta membuka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan,pendidikan dan pelancongan.
BERITA BERKAITAN:
Lawatan rasmi Presiden Guinea-Bissau ke Malaysia bina momentum positif
Industri halal dan perbankan Islam antara perbincangan dengan PM,Presiden Guinea-Bissau
Presiden Guinea-Bissau terima sambutan rasmi di Putrajaya
Presiden Guinea-Bissau mulakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur