2025-06-04 IDOPRESS

Anthony Loke pada sidang media khas di Kementerian Pengangkutan,Putrajaya/ BERNAMA
PUTRAJAYA,4 Jun- Menteri Pengangkutan,Anthony Loke telah mengarahkan Prasarana untuk memasang pintu keselamatan penumpang di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT) sebagai usaha meningkatkan tahap keselamatan penumpang.
Langkah itu bagi mengelak kejadian berulang seperti yang berlaku ke atas seorang warga Taiwan yang dipercayai terjatuh di landasan LRT Pusat Bandar Puchong semalam.
"Dari segi langkah keselamatan,saya telah meminta Prasarana untuk memasang pintu keselamatan penumpang di semua platform LRT dan Mass Rapit Transit (MRT).
"Bagi MRT yang baharu dan Monorel,memang dah ada pintu keselamatan penumpang tetapi stesen LRT,belum ada pemasangan pintu keselamatan tersebut," maklum beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Kementerian Pengangkutan di sini.
Mengulas mengenai insiden itu,beliau menyerahkan ia kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV),mangsa dilihat seperti tidak sedar dengan keadaan platform. Jadi,ia merupakan satu kemalangan.
"Jadi kita menyerahkan pihak polis untuk buat siasatan terperinci dan Prasaran akan menyerahkan rakaman CCTV kepada polis," tambah Anthony.
Semalam,seorang lelaki warga Taiwan dilaporkan maut selepas terjatuh ke landasan LRT di Stesen Pusat Bandar Puchong.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur