2025-06-04 IDOPRESS

Pensyarah Kanan UniKL Business School,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid
KUALA LUMPUR,3 Jun- Asas ekonomi negara kekal kukuh dan berada pada landasan positif,meski ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sederhana,4.4 peratus pada suku pertama 2025.
Pensyarah Kanan UniKL Business School,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat,meskipun data menunjukkan sedikit kelembapan berbanding unjuran awal tahun,pelbagai indikator penting seperti kadar pengangguran yang rendah serta momentum sektor domestik membuktikan ekonomi negara masih berkembang dengan baik.
"Kadar pengangguran kini berada pada paras 3.1 peratus,lebih rendah daripada sebelum pandemik. Ini menunjukkan pasaran buruh masih aktif dan rakyat masih dapat mencari pekerjaan," katanya dalam program Biz Malaysia pada Isnin.
Menurut beliau,kelembapan semasa turut dipengaruhi faktor luaran termasuk ketidaktentuan geopolitik dan perubahan dasar perdagangan global terutama dari Amerika Syarikat (AS) dan China,yang memberi kesan kepada sektor eksport negara terutamanya dalam bidang elektrik dan elektronik.
Mengulas lanjut,beliau turut menekankan bahawa tiga sektor utama dilihat menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi pada tahun ini iaitu perkhidmatan,pembinaan dan pelancongan.
"Sektor perkhidmatan menyumbang lebih 50 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) termasuk sektor kewangan. Sektor pembinaan pula rancak dengan projek-projek besar seperti MRT3 dan ERL yang memberi limpahan kepada industri berkaitan," tambahnya.
Meskipun berdepan cabaran global,ekonomi Malaysia dijangka terus berdaya tahan dengan sokongan sektor domestik yang kukuh dan dasar fiskal yang proaktif.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur