2025-06-04 IDOPRESS

Malaysia merekodkan pengeluaran minyak mentah dan kondensat sebanyak 45.5 juta tong pada suku pertama tahun ini / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,4 Jun – Malaysia merekodkan pengeluaran minyak mentah dan kondensat sebanyak 45.5 juta tong pada suku pertama tahun ini,menunjukkan prestasi stabil meskipun pasaran global tidak menentu.
Menurut Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin pengeluaran menyusut 5.2 peratus berbanding tahun lalu,namun menunjukkan pemulihan berbanding penurunan 7.3 peratus pada suku keempat 2024.
Ini disokong peningkatan dalam pengeluaran minyak mentah yang menunjukkan pemulihan dengan kadar penyusutan yang lebih kecil iaitu negatif 6.5 peratus berbanding negatif 9.3 peratus pada suku sebelumnya.
Sementara itu,pengeluaran kondensat turut mencatatkan pertumbuhan namun masih lagi berada dalam jajaran negatif iaitu 2.4 peratus berbanding negatif 2.5 peratus yang direkodkan pada suku terdahulu.
Walau bagaimanapun,pengeluaran gas asli menyusut 2.2 peratus kepada 781.9 bilion kaki padu berbanding 792.8 bilion kaki padu pada suku keempat tahun 2024.
Harga purata minyak mentah dan kondensat meningkat sedikit kepada AS$76.4 per tong,selari dengan kenaikan harga pasaran global.
Menjelaskan mengenai prestasi perdagangan luar negara,Dr. Mohd Uzir berkata nilai eksport minyak mentah dan kondensat meningkat kepada RM6.2 bilion,dipacu oleh permintaan dari Thailand,Australia dan Jepun.
Namun,eksport produk petroleum bertapis dan Industri gas cecair asli (LNG) mencatatkan penurunan,masing-masing kepada RM24.3 bilion dan RM15.5 bilion.
Import petroleum mentah dan kondensat menurun kepada RM13.6 bilion,dengan Arab Saudi kekal sebagai pembekal utama.
Import produk bertapis dan LNG juga mencatatkan penurunan pada suku tahun ini.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur