2025-06-05 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto Facebook DSAI
KUALA LUMPUR,4 Jun - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa permohonannya untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan bukan bertujuan mencari kekebalan peribadi atau mengelak daripada tindakan undang-undang.
Sebaliknya,beliau menjelaskan ia berkaitan usaha mempertahankan integriti sistem perlembagaan negara serta memastikan kedudukan jawatan awam tertinggi tidak terdedah kepada tindakan litigasi bermotif politik atau yang boleh menggugat kestabilan institusi negara.
“Perkara ini tidak pernah berkisar soal mencari kekebalan peribadi atau mengelak daripada proses undang-undang.
"Ia melibatkan soal integriti sistem perlembagaan negara kita,serta keperluan untuk memastikan kedudukan jawatan awam tertinggi terlindung daripada litigasi yang mungkin dirancang secara strategik,bermotif politik atau mengganggu kestabilan institusi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.
Terdahulu,Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan.
Datuk Seri Anwar turut menegaskan komitmennya terhadap keluhuran undang-undang,kebebasan badan kehakiman serta maruah tadbir urus demokrasi.
“Proses undang-undang akan terus berjalan,dan saya akan terus melaksanakan tanggungjawab saya tanpa sebarang gangguan atau kompromi,” katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur