2025-06-05 HaiPress

Menteri Besar,Datuk Seri Saarani Mohamad/ Foto Facebook Saarani Mohamad
IPOH,4 Jun- Setiap waris kepada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Teluk Intan bulan lalu menerima sumbangan sebanyak RM5,000 daripada Kerajaan Negeri Perak.
Menteri Besar,Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,sumbangan itu disalurkan menerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).
Beliau berkata jumlah itu sama seperti sumbangan yang diberikan kepada waris mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tahun lalu,di Lumut.
"Saya tambah,kita beri RM5,000 satu keluarga. Dah bagi pun kan? RM5,000 kita bagi peruntukan melalui Yayasan Bina upaya",katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040.
Tragedi 13 Mei lalu membabitkan trak FRU membawa 18 anggota yang bertembung dengan lori muatan batu dalam perjalanan pulang ke Ipoh dari Teluk Intan.
Lapan anggota maut di lokasi kejadian,manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan,sementara bakinya mengalami kecederaan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur