2025-06-05 HaiPress

Pondok usang yang didiami lapan sekeluarga dekat Kampung Paya Besar,Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU,4 Jun- Kedaifan hidup lapan sekeluarga yang tinggal di sebuah pondok usang dekat Kampung Paya Besar,Hulu Terengganu mendapat perhatian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Keluarga itu akan dibantu bagi memiliki kediaman yang lebih selesa yang dilengkapi bekalan air dan elektrik.
Pengarah KKDW Terengganu,Md Razi Md Lazim berkata,beberapa perkara sedang diteliti sebelum menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
Keluarga tersebut hidup berpindah-randah kerana tidak mampu menyiapkan kediaman sendiri. Keadaan itu berlarutan sejak empat tahun lalu,namun keluarga itu tidak dapat dikesan kerana berpindah-randah 20 kali dan tinggal di tempat terpencil.
"Sebelum ini kita tahu memang ada masalah untuk memohon rumah. Jadi kita akan cuba tengok dan apa-apa keputusan nanti akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya ketika melawat keluarga berkenaan di Hulu Terengganu.
Mat Nasir Ismail,48 tahun yang menghidap penyakit asma kronik itu berdepan kesempitan hidup bersama-sama isteri,empat anak,menantu serta cucu.
Isterinya,Mazila Mansor,berkata mereka terpaksa berjaga malam kerana keadaan persekitaran yang tidak selamat.
"Tidur malam memang kita tak boleh tidur macam orang lain. Dengan ular,binatang berbisa,bunyi bukit,benda-benda terbang,memang sentiasa berjaga-jaga. Dah kena pun,dengan lipas,haiwan yang menyengat," katanya.
Keluarga itu menerima bantuan tahunan RM1,800 daripada Kementerian Pendidikan serta RM700 sebulan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk keperluan persekolahan anak-anak.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur