2025-06-05 HaiPress

Foto RTM
KANGAR,5 Jun- 45 perpustakaan di Perlis akan dilengkapi perkhidmatan permainan integrasi atau i-Play Toy dalam usaha mempelbagaikan sumber pendidikan untuk anak-anak di negeri tersebut. Permainan yang disediakan ini dimanfaatkan kepada golongan sasar iaitu kanak-kanak berusia sehingga 8 tahun bagi mereka yang normal dan sehingga 14 tahun bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
Menurut Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis,Abd Rahim Husin,i-Play Toy Library Di Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) sudah bermula sejak 2006. Justeru pelbagai pencapaian telah dicapai,antaranya menjadi Johan Rekacipta Permainan dalam persidangan perpustakaan permainan.
Selain itu,kaedah berkenaan boleh menyokong serta mendorong ibu bapa untuk meluangkan masa bermain dengan anak-anak mereka.
'Setiap tahun jabatan memperuntukan bajet bagi perlaksanaan aktiviti i- Play di semua lokasi ini dimana aktiviti – aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama Tabika Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional,Tabika KEMAS,Tabika Islam,Tabika swasta dan lain- lain lagi,katanya.
'Ini adalah bagi memastikan bahan-bahan permainan ini dapat digunakan dengan sebaiknya dan mendapat dimanfaatkan kepada golongan sasar,' tambahnya pada Majlis Penyerahan I-Play Kelima dari pihak Children’s Industry,Lifelong Learning and Development di PPANPs.
Majlis diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur