2025-06-05 HaiPress

Foto MARITIM MALAYSIA
KUALA LUMPUR,5 Mei - Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) yang menangkap ikan secara haram di perairan Morib ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor dalam operasi yang dilaksana SEMALAM.
Pengarah Maritim Negeri Selangor,Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh menerusi satu kenyataan memaklumkan,tangkapan dilakukan kira-kira pukul 12.15 tengahariketika pihaknya sedang menjalankan rondaan rutin di kedudukan 11 batu nautika barat daya Morib.
“Vesel tersebut adalah sebuah bot fiber tiada nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan ditahan untuk diperiksa,pemeriksaan awal mendapati bot terbabit dikendalikan oleh seorang tekong lelaki,berumur 39 tahun,bersama dua awak-awak yang berusia 15 tahun merupakan anak lelakinya dan seorang lagi berusia 50 tahun. Ketiga-tiga mereka adalah warganegara Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan.
Hasil pemeriksaan mendapati vesel berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk melakukan aktiviti penangkapan ikan dan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ketiga-tiga individu bersama vesel telah diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM),Pulau Indah untuk tindakan lanjut.
“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undangundang dan lesen sah. Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan khususnya di perairan negeri Selangor bagi membanteras aktiviti perikanan haram di perairan negeri ini,” tegasnya.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan tanpa lesen.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur