2025-06-05 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Jun- Peningkatan penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahunakan memberi kesan terhadap kesihatan mental termasuk gangguan daya ingatan,tumpuan dan kebolehan kognitif.
Pakar Perubatan Dalaman,KPJ Kuala Selangor,Dr. Navanithan Ramakrishnan berkata,cecair vape mengandungi 60 hingga 70 jenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan dan membahayakan paru-paru terutama golongan remaja.
“Remaja yang hisap vape susah untuk fokus semasa belajar,susah nak hafal dan ini akan jejaskan prestasi akademik mereka,” katanya ketika ditemu bual di Wisma Berita,Angkasapuri hari ini.
"Pesakit mengalami sesak nafas,kurang oksigen,batuk,sakit dada,kena masuk hospital. Kebiasaan mereka masuk ICU untuk alat pembantuan untuk penafasan masuk tube
atau masuk oksigen",inilah salah satu kesan segera kata beliau.
Selain kesan fizikal,penggunaan nikotin dalam vape juga terbukti menyebabkan ketagihan. Nikotin,seperti yang terdapat dalam rokok biasa,bertindak sebagai bahan adiktif yang menyebabkan pengguna sukar berhenti.
Justeru,ibu bapa,guru dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam menyedarkan generasi muda tentang bahaya vape,agar masa depan mereka tidak tergadai akibat tabiat yang memudaratkan ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur