2025-06-05 IDOPRESS

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke
PETALING JAYA,5 Jun - Malaysia masih menghadapi cabaran untuk menggalakkan orang ramai beralih daripada kenderaan sendiri kepada pengangkutan awam.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata,sekiranya lebih ramai masyarakat menggunakan pengangkutan awam,kesesakan jalan raya dapat dikurangkan terutama di kawasan Lembah Klang.
"Satu tren boleh membawa kira-kira 300 orang setiap perjalanan. Ini bermakna,satu perjalanan tren sahaja mampu mengurangkan 300 kereta di jalan raya."
"Kalau seorang menggunakan pengangkutan awam dua kali sehari,500,000 kereta di jalan raya dapat dikurangkan. Bayangkan sekiranya tiada sistem pengangkutan awam,mesti lagi teruk kesesakan jalan raya kita," katanya ketika menjadi panel Forum Ilmuwan Malaysia Madani (FIMM) Siri 6 yang dipengerusikan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Prasarana,di sini,semalam.
Selain itu menurut beliau,penggunaan mobiliti awam juga mampu mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan tumpuan terutama di Lembah Klang serta dapat menangani isu pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim.
"Pengangkutan awam itu sudah tentu adalah ke arah kemampanan kerana kalau kita dapat menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam,sekali gus dapat merendahkan kadar karbon," jelasnya.
Beliau turut merumuskan perbincangan dari segi konsep pembangunan dan perancangan bandar iaitu membangunkan perumahan rakyat berdekatan dengan stesen-stesen LRT dan MRT.
"Ini adalah satu perubahan besar dari segi dasar dan paradigma kerana memang kita nak yang pertamanya menggalakkan mobiliti dan juga pemilikan perumahan rakyat berdekatan dengan stesen-stesen pengangkutan awam dan sekiranya dapat dilaksanakan seperti yang saya katakan,kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan. "
"Dan salah satu aspek yang kita nak lihat sekarang ini ialah kita berbincang juga dengan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membuat garis panduan,supaya kalau mana-mana projek perumahan seperti apartmen dan sebagainya yang dibina berdekatan dengan stesen pengangkutan awam keperluan tempat letak kereta itu dapat dikurangkan. Sekiranya itu menjadi opsyen kepada pembeli mungkin pemaju boleh merendahkan kos dan dijual dengan lebih murah kepada pembeli," katanya dalam sebuah sidang media selepas menjadi panel Forum Ilmuwan Malaysia Madani (FIMM) Siri 6 di Menara Prasarana,semalam.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur