2025-06-05 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 Jun- Usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik di negara ini perlu dilipat gandakan ke arah menjadi sebuah masyarakat yang lebih prihatin. Demikian titah Raja Permaisuri Agong,Raja Zarith Sofiah ketika berkenan mengadakan lawatan di Hospis Malaysia bersempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Titah Seri Paduka Baginda,rakyat Malaysia perlu memperkasa usaha dalam membantu golongan berkenaan khususnya mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.
"Sekiranya kita ingin menjadi masyarakat yang prihatin ke atas semua ahli-ahlinya dan tiada yang terabai,maka kita mesti menyedari bahawa golongan yang kedudukan kewangannya tidak berkemampuan untuk meringankan kesakitan yang dilalui oleh ahli keluarga mereka perlu bantuan dan sokongan daripada kita.
"Sempena bulan Zulhijjah yang penuh barakah ini,mungkin inilah waktu yang afdal untuk kita mempergiatkan usaha yang lebih kuat lagi bagi menunjukkan keprihatinan bagi mereka yang memerlukan untuk mendapatkan bantuan," titah Raja Permaisuri Agong.
Lawatan Seri Paduka Baginda diiringi isteri Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisma Awang Sauni.
Dalam lawatan sama,Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyampaikan sumbangan berupa cek bernilai RM30,000 sebagai tanda sokongan kepada peranan Hospis Malaysia dalam memberikan rawatan kepada pesakit paliatif.
Seri Paduka Baginda kemudian turut berkenan meluangkan masa hampir sejam bersama pesakit paliatif kanak-kanak dan dewasa sebelum mengadakanmelawat beberapa reruai rawatan dan penjagaan penyakit berkenaan sebelum berangkat pulang.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur