2025-06-05 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 Jun- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini selepas para peniaga kekal berwaspada di tengah-tengah harapan yang semakin meningkat susulan dialog perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China pada minggu ini,kata seorang peniaga.
Harga getah SMR 20 meningkat seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah perbincangan perdagangan tersebut.
“Bagaimanapun,keuntungan selanjutnya telah dihadkan oleh penurunan harga minyak serta data ekonomi AS yang lemah disebabkan ketidakpastian yang berterusan dalam tarif AS,” katanya kepada Bernama.
Menurut beliau,kebanyakan inventori Asia bertambah hari ini di tengah-tengah harapan yang semakin memuncak bahawa pemimpin AS dan China akan berdialog dalam minggu semasa dan ini akan menghidupkan semula perbincangan perdagangan yang terhenti antara kedua-dua negara.
Harga minyak menurun hari ini berikutan peningkatan kebimbangan pengeluaran daripada Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) selain ketegangan tarif yang dijangka akan menjejaskan prospek ekonomi global,walaupun kebimbangan mengenai bekalan Kanada membantu mengimbangi penurunan itu.
“Sentimen cemas terhadap kawalan China ke atas mineral-mineral kritikal mula melonjak semalam selepas pembuat kereta global mengadu bahawa sekatan oleh China yang membabitkan eksport aloi nadir bumi,gabungan dan magnet boleh menyebabkan kelewatan serta gangguan pengeluaran,” katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa pentadbiran Washington telah menetapkan tarikh akhir pada Rabu untuk negara-negara terlibat mengemukakan tawaran terbaik mereka mengenai perdagangan,bertepatan dengan pelaksanaan tarif 50 peratus ke atas keluli dan aluminium yang diimport.
“Pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menokok sebanyak 12.5 sen kepada 699.0 sen sekilogram,manakala lateks pukal susut 3.0 sen kepada 609.5 sen sekilogram.- BERNAMA
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur