2025-06-06 IDOPRESS

Ketua Setiausaha KUSKOP,Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud di UKM,Bangi
BANGI,5 Jun - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan membentangkan draf Akta Koperasi yang baharu pada bacaan kali pertama sidang Parlimen,Disember depan.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian,Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud,akta baharu tersebut akan menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502) bagi memastikan koperasi dapat bergerak sebagai entiti perniagaan dengan lebih baik.
Jelasnya,dibawah akta sedia ada,kelulusan diperlukan bagi setiap aktiviti perniagaan atau pelaburan koperasi,namun dengan penambahbaikan dalam akta baharu,proses berkenaan dijangka akan diliberalisasikan.
"Untuk memulakan sesuatu perniagaan atau pelaburan,koperasi perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa dan kadang-kadang kelulusan itu berbentuk perkara rutin," katanya.
"Dalam akta baharu,kelulusan tetap diperlukan namun lebih bersifat prinsip secara dasar untuk kali pertama dan selepas itu korporasi boleh bergerak terus," beliau menambah.
Akta tersebut kini berada diperingkat libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Negeri,koperasi-koperasi besar dan Institusi Pengajian Tinggi.
Kementerian turut menyatakan komitmen mereka untuk terus menyokong program dan perancangan strategik koperasi di seluruh negara.
Penggubalan akta itu bakal melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk 16 ribu koperasi sedia ada di negara ini.
Beliau bercakap dalam Majlis Perasmian Forum Pemerkasaan Koperasi Sebagai pemacu Ekonomi Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Bangi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur