2025-06-06 IDOPRESS

Foto Hiasan/ BERNAMA
PUTRAJAYA,5 Jun – Peniaga makanan dan minuman berskala mikro dan kecil dibenarkan menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa perlu memiliki Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB),susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan pindaan terhadap peraturan sedia ada.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Datuk Armizan Mohd Ali berkata kelonggaran ini diberikan sehingga proses pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 dijalankan.
Menurutnya,keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang meluluskan cadangan KPDN untuk meneliti semula peraturan yang sebelum ini mengehadkan pemilikan LPG oleh peniaga kepada 42 kilogram,kecuali dengan permit khas.
"Sepanjang tempoh ini,tiada tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap peniaga mikro dan kecil yang menggunakan LPG bersubsidi bagi tujuan perniagaan mereka. Peniaga makanan berskala mikro dan kecil turut diberikan kebenaran untuk menggunakan tong LPG bersubsidi tanpa perlu mendapatkan Permit Barang Kawalan Berjadual," katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil di Putrajaya.
Tambah beliau,pindaan yang dirancang akan memberi kejelasan undang-undang dan mengambil kira realiti serta keperluan perniagaan kecil secara lebih bersasar.
Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN akan menyelaras semakan ini bersama kementerian,agensi berkaitan dan pemegang taruh.
Dalam masa sama,operasi penguatkuasaan Ops Gasak tetap diteruskan bagi membanteras penyalahgunaan tong LPG bersubsidi,termasuk aktiviti "decanting" secara haram dan penggunaan oleh pihak industri.
Pindaan kepada peraturan berkenaan dijangka dimuktamadkan selepas berakhirnya Ops Gasak pada 31 Oktober 2025.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur