2025-06-06 IDOPRESS

Foto FB Masjid Putra Putrajaya
PUTRAJAYA,5 Jun - Munajat Perdana,Jamuan Sahur dan Iftar Hari Arafah serta Gema Takbir Aidiladha,antara pengisian rohani dalam program Ihya Zulhijjah 1446H yang akan diadakan esok di Masjid Putra,Putrajaya.
Penolong Pengarah Kanan masjid berkenaan,Hazman Hashim berkata ia bertujuan mengajak umat Islam menghayati keistimewaan Hari Arafah dengan memperbanyak ibadah dan berdoa kepada Allah SWT.
"Hari Arafah mempunyai ganjaran pahala yang cukup besar. Amat malang dan rugi bagi umat Islam yang melepaskan peluang mengambil keistimewaannya.
Nabi Muhammad SAW menyatakan sesiapa yang berpuasa pada Hari Arafah akan diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang," katanya.
Sementara itu,tazkirah khas akan disampaikan Datuk Mohd Fauzi Mustaffamenfokuskan mengenai pengisian ilmu dan peringatan tentang keutamaan Hari Arafah.
Umat Islam dijemput hadir untuk mengimarahkan majlis ilmu di Masjid Putra.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur