2025-06-06 IDOPRESS

Ketua Pengarah JBPM,Datuk Nor Hisham Mohamad (tiga kanan) hadir Program BiGIAR di Kompleks JKKN Kelantan - Foto JBPM
KOTA BHARU,5 Jun - Salah laku dan salah guna kuasa pegawai bomba antara aduan integriti paling tinggi dilaporkan.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohamad berkata,aduan yang diterima adalah membabitkan isu disiplin,gangguan rumah tangga,media sosial dan gaya hidup mewah.
Beliau berkata,sepanjang 2022 hingga tahun lalu,aduan integriti yang diterima adalah 88 kes,manakala menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pula sebanyak 304 kes.
Menurutnya,tindakan tatatertib yang sudah dibuat untuk 123 kes sepanjang tiga tahun itu,manakala untuk tahun lalu sehingga Mei 2025,sebanyak 55 kes telah dikenakan hukuman termasuk dibuang kerja dan didenda.
"Bagi pihak jabatan kita sangat positif kepada aduan-aduan ini,kerana kita percaya ia salah satu inisiatif atau kaedah bagi mengekang salah laku dan pelanggaran integriti dikalangan pegawai dan anggota JBPM," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bicara Governans Integriti dan Anti Rasuah (BiGIAR) di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Kelantan di sini,hari ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur