2025-06-06 IDOPRESS

Foto BERNAMA
SEPANG,5 Jun - Selepas lebih dua tahun dihentikan,sistem aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka akan kembali beroperasi tidak lama lagi.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke memaklumkan pengamal media akan dijemput bagi menjalankan ujian menaiki aerotrain tersebut dalam masa terdekat sebagai langkah akhir sebelum dibuka semula kepada orang ramai.
Beliau menyatakannya pada sidang media selepas majlis pecah tanah Taman Aero Selangor (SAP) di sini.
"Hari ini kita fokus kepada Taman Aero Selangor dahulu. Aerotrain KLIA akan kembali beroperasi dalam masa terdekat. Saya akan melakukan sidang media mengenainya," ujarnya.
Perkhidmatan Aerotrain berusia 25 tahun itu digantung pada Mac tahun lalu selepas kerosakan besar yang mengakibatkan 114 penumpang terkandas.
Terdahulu,ketika menyempurnakan majlis pecah tanah pembangunan SAP,Anthony berkata SAP akan memperkukuh usaha Malaysia untuk menjadi hab kargo udara terkemuka di ASEAN.
Pembangunan di kawasan berkeluasan 600 ekar itu sejajar rancangan kerajaan untuk memperkukuh kedudukan KLIA sebagai pusat logistik dan aeroangkasa serantau.
Kelebihan yang dimiliki KLIA dengan keluasan 100 kilometer persegi dan ketersambungan baik menjadikannya lokasi ideal untuk pembangunan hab kargo serantau.
"Tiada lapangan terbang lain di rantau ini sebesar itu,” katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur