2025-06-06 IDOPRESS

Foto FACEBOOK Datuk Seri Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA,5 Jun — Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Presiden Iran,Masoud Pezeshkian sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Menerusi perbualan itu,beliau mendoakan agar para jemaah haji dari kedua-dua negara dikurniakan haji mabrur dan mampu menyumbang kepada pembangunan ummah.
Datuk Seri Anwar turut menzahirkan penghargaan atas ketegasan Presiden Iran dalam mempertahankan rakyat Palestin,khususnya di Gaza,daripada kekejaman rejim zionis Israel.
"Malaysia menolak sebarang bentuk penjajahan dan pengusiran terhadap penduduk Gaza.
Malaysia juga tidak tunduk kepada kuasa luar. Dasar luar negara berpaksikan kepentingan nasional dan prinsip keadilan sejagat," ujar Datuk Seri Anwar menerusi Facebook.
Beliau juga mengecam negara yang membisu terhadap kezaliman serta menganggap sikap sedemikian sebagai pengkhianatan terhadap nilai kemanusiaan.
Perdana Menteri turut menghargai usaha Iran dalam memudahkan kepulangan dua rakyat Malaysia yang sebelum ini ditahan serta menyambut baik lawatan rasmi dua menteri Kabinet ke Tehran untuk memperkukuh kerjasama dua hala.
Malaysia turut menyambut baik penyambungan semula penerbangan Mahan Air dari Tehran ke Kuala Lumpur yang bakal merancakkan hubungan ekonomi dan rakyat kedua-dua negara.
Perdana Menteri juga menzahirkan harapan agar Aidiladha kali ini membawa keberkatan serta penyatuan umat Islam seluruh dunia.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur