2025-06-06 IDOPRESS

Mayat mangsa ditemui di Terminal Bas Labuan,awal pagi Rabu lalu/Foto Polis
LABUAN,4 Jun – Seorang lelaki warga asing ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Terminal Bas Labuan,awal pagi Rabu lalu.
Mangsa dikenal pasti sebagai Muin Halim,seorang warga Filipina yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Ketua Polis Daerah Labuan,Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata,pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 6.45 pagi.
“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kematian lelaki berkenaan pada pukul 7.20 pagi sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media,semalam.
Menurut Mohd Hamizi,punca kematian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat dan siasatan lanjut diperoleh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan bagi membantu siasatan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur