2025-06-06 IDOPRESS

Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi
KOTA TINGGI,5 Jun – Pengumuman mengenai pengendali baharu bagi sebuah resort mewah di Desaru menolak dakwaan bahawa kawasan berkenaan telah ditutup.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelaskan bahawa kawasan itu sebenarnya sedang melalui proses penyusunan semula,yang beliau sifatkan sebagai langkah strategik untuk memperkukuh sektor pelancongan negeri.
"Biasanya kita mudah terpengaruh dengan khabar angin yang negatif. Tapi menerusi komitmen dan kerja keras,hari ini kita saksikan satu perkembangan bersejarah apabila pihak resort dan kerajaan negeri bekerjasama erat," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman pengendali baharu itu di sini.
Mulai Januari tahun depan,resort berkenaan akan menjalani penjenamaan semula secara menyeluruh dan dijangka menjadi resort pantai pertama Mandarin Oriental di Asia Tenggara — lengkap dengan kemudahan kediaman mewah.
Langkah tersebut dijangka melonjakkan status Desaru sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa,sekaligus memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab pelancongan eksklusif di rantau ini.
Menurut Onn Hafiz,pembangunan yang sedang digerakkan itu sejajar visi Johor untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.
"Dengan kemasukan pelabur ikonik dan penjenamaan semula bertaraf dunia,Desaru kini bukan sekadar destinasi tetapi simbol masa depan Johor yang lebih berdaya saing," tambah beliau.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur