2025-06-09 HaiPress

Foto Facebook Fadillah Yusof
KUCHING,8 Jun- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM796.4 juta dalam bentuk pinjaman kepada kerajaan-kerajaan negeri bagi membiayai pelbagai projek bekalan air di seluruh negara tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek berkenaan merupakan antara inisiatif yang diambil kerajaan dalam menghadapi Monsun Barat Daya yang dijangka membawa cuaca kering serta keadaan kemarau.
Fadillah,yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata setakat Mei tahun ini,sebanyak 28 projek sedang dilaksanakan di bawah inisiatif tersebut.
“Sebanyak 12 projek dilaksanakan di Sabah,dua di Kedah,satu di Kelantan,tiga di Pahang,tiga di Terengganu,lima di Sarawak dan dua di Perlis.
“Projek-projek ini berada di pelbagai peringkat pelaksanaan dan tujuh daripadanya dijangka siap tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ibadah Korban di Kampung Tupong Jaya di sini,hari ini.
Sementara itu,Fadillah berkata kementeriannya kinim memberi tumpuan terhadap usaha menyelesaikan isu air tidak terhasil (NRW).
Beliau berkata NRW berpunca daripada pelbagai faktor termasuk ketidakcekapan sistem,kebocoran paip serta kecurian air.
“Apabila sambungan paip tidak baik,akan berlaku kebocoran,malah terdapat juga paip lama yang telah rosak. Secara keseluruhan,kita menganggarkan negara kehilangan kira-kira 40 peratus air. Kita proses air,tetapi 40 peratus daripadanya hilang begitu sahaja. Keadaan ini sudah pasti melibatkan kos yang tinggi.
“Justeru,tumpuan kita sekarang ialah mencari kaedah terbaik untuk meneliti semula sistem paip sedia ada dan menggantikan paip yang rosak,” katanya.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur